GALERI BERGAMBAR

LATIHAN INDUSTRI OLEH PELAJAR DARI KUSTEM PADA 25-28 APRIL 2005


(RAKAMAN AGRO JURNAL)~RTM






AKTIVITI SEPANJANG 2007-2008


Karnival Mesra Rakyat di Stadium Shah Alam

Updated:_

ini adalah sebahagian gambar yang diambil semasa Karnival Mesra Rakyat di Stadium Malawati Shah Alam Selangor.
Menurut laporan MDKS ramai pengunjung memberikan maklum balas yang memberangsangkan dan berpuashati dengan produk kami.





Terdahulu:-

salam hormat, Kami akan menyertai Expo tersebut atas jemputan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada:

28 hingga 30 Nov 2008
bertempat di Stadium Shah Alam Selangor

Pihak MDKS akan menjadi wakil untuk menjual produk kami di sana. Antara produk kami yang bakal dijual ialah:

*Isi Kerang Beku

*Muruku Kerang

*Samosa Kerang (jualan terhad)!!!

jadi segera cari kami di sana......

Surnivior Muru Kerang


Logo Syarikat

Salam Sejahtera, kami kini sedia menerima tempahan 'Survinior' muruku kerang.
penghantaran sekitar Kuala Selangor adalah percuma dan Lembah Kelang (+ RM20).
Harga adalah berdasarkan jumlah tempahan 'survinior'.
Sila buat tempahan 1 bulan dari tarikh majlis.

Kami Berada di MITC Melaka Nov ini....



Salam hormat, kami sekali lagi telah diberi penghormatan untuk menyertai program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di MITC Melaka pada 7-9 November 2008.

Ini merupakan penyertaan kami yang ke dua selepas tahun 2007 yang lalu. Anda dijemput untuk melihat sendiri kelainan yang akan kami bawa di sana. Apa yang pasti rendang, serunding dan isi kerang beku kami pasti dinanti ramai oleh orang melaka.

Kami telah menambah satu produk baru kami yang pasti menyelerakan.......ingin tahu apakah barang itu? jom pergi beramai-ramai ke ruang pameran Selangor!!!! kami menanti anda di sana....

negeri : Selangor
Daerah : Kuala Selangor

Ingat jangan lupa jumpa kami di sana........

PROSES MEMBUAT MURUKU KERANG


untuk makluman tempahan boleh dibuat pada ramadhan akan datang.
Harga bagi 1kg adalah RM 10.00

mohon maaf sekiranya ayat dalam penulisan tidak teratur (maklumlah tulisan orang lama)

Segala Maklumat penuh berkaitan Arma Food Enterprise masih dalam penyusunan harap maklum.

  • sila lihat video syarikat di bahagian bawah sekali.
  • Nantikan resepi-resepi masakan berasaskan kerang (*UPGRADING)

~admin~

KEPENTINGAN PERIKANAN

  1. Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
  2. Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan.
  3. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat menangkap dan memproses ikan.
  4. Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport.
  5. Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai.

FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN PERIKANAN

  1. Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau.
  2. Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya dengan ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek dan kaya dengan ikan.
  3. Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang murah dan mudah.
  4. Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan.
  5. Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat keropok, belacan, cencaluk dsbnya.

Arma Food Enterprise kini beroperasi di daerah Kuala Selangor dan bekalan kerang diperolehi daripada penduduk setempat dan pemborong kerang. Sesiapa yang ingin menjadi pengedar produk kami sila email pada arma_food_enterprise@yahoo.com harga jualan adalah secara borong.

Antara produk Arma Food Enterprise (akhbar)


January 28, 2006

Sate Kerang Produk Baru Tarikan Ke Tanjong Karang

TANJONG KARANG, 28 Jan (Bernama) -- Jika Kajang terkenal dengan keenakan sate kajangnya, Tanjong Karang pula kini boleh berbangga dengan keunikan rasa sate kerang.

Perniagaan sedang giat diusahakan secara kecil-kecilan oleh sepasang suami isteri Maria Abdul Rahman dan Abdul Azis Arabia, kedua-duanya berusia 51 tahun.

Produk makanan itu mula diusahakan sejak dua tahun lalu setelah perniagaan kerang beku yang dijalankan mereka selama enam tahun mengalami kemerosotan akibat keengganan beberapa pembeli mengambil stok yang telah ditempah.

Ekoran tindakan pembeli itu, berlaku lambakan kerang di perusahaan mereka menyebabkan timbulnya idea kepada Maria untuk mengusahakan sate kerang bagi mengelakkan kerang beku yang disimpan menjadi rosak dan perusahaan mereka rugi.

"Pada masa itu saya benar-benar susah hati sebab stok kerang beku banyak, macam mana nak bayar gaji pekerja, nak pusing modal...

"Masa itu saya fikir saya kena buat sesuatu untuk jual kerang beku," kata Maria, anak jati Tanjong Karang, kepada Bernama.

PROSES MEMBUAT SATE KERANG

Proses membuat sate kerang memerlukan persekitaran kerja yang bersih bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat bertahan lama dan mengekalkan keunikan rasanya.

Menurut Maria, kerang yang baru dibeli dari nelayan, diambil dan dibersihkan sebelum ia direbus untuk memudahkan proses mengeluarkan isi kerang.

Selepas itu kerang berkenaan akan dikopek untuk diambil isinya.

Dengan dibantu lapan pekerja terdiri daripada suri rumah di kawasan berhampiran, isi kerang yang telah dikeluarkan akan dikeringkan airnya bagi memastikan sate kerang yang dihasilkan dapat bertahan lama.

"Kerang ni sensitif sebab kalau kita tidak jaga kebersihan masa proses membuatnya ia akan menyebabkan kerang mudah rosak dan orang yang makan akan mengalami keracunan," katanya.

Selepas itu, isi-isi kerang yang sudah dikeringkan airnya akan dicucuk menggunakan lidi buluh sebelum dibungkus dan dilabelkan.

Kerja-kerja mencuci, mencucuk dan membungkus dilakukan sendiri dengan dibantu anak-anaknya.

PASARAN SATE KERANG

Selain untuk pasaran luar daerah seperti Kuala Selangor dan Sabak Bernam, sate kerang berkenaan juga dijual untuk pasaran tempatan terutama di kedai makan sekitar daerah Tanjong Karang.

Secucuk sate kerang dijual dengan harga 30 sen, siap dengan kuahnya.

"Sejak sate kerang ini diperkenalkan, ia mendapat sambutan menggalakkan, Alhamdulillah.

"Selalunya suami kakak akan menghantar bekalan sate ke kedai-kedai makan pada waktu pagi. Ada juga yang kami hantar dua kali sehari iaitu pagi dan petang," kata ibu kepada enam orang anak itu.

Keunikan rasa sate kerangnya juga menjadikan makanan itu antara pilihan kebanyakan jabatan kerajaan dalam majlis yang mereka anjurkan.

Maria berkata setiap hari sebanyak 400 cucuk sate kerang dapat dihasilkan dan tempahan yang diterimanya semakin banyak.

Ada juga segelintir penggemar makanan laut yang menjadikan sate kerang itu sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi.

KEISTIMEWAAN SATE KERANG

Ketika ditanya keistimewaan sate kerangnya, Maria berkata ia terletak pada kuah kacangnya yang pekat dan manis.

Katanya kuah sate kerangnya diperbuat daripada kacang tanah yang diadun bersama beberapa bahan lain.

Maria berkata sebelum berjaya mencipta resepi kuah sate kerangnya itu, dia dan suaminya telah beberapa kali mencuba.

"Banyak kali kakak cuba buat kuah untuk disesuaikan dengan rasa kerang, anak-anak kakaklah jadi mangsa, kami suruh mereka rasa dan tanya pendapat mereka.

"Kuahnya walaupun nampak seperti kuah kacang yang biasa kita makan dengan sate ayam atau daging, tetapi rasanya lain sedikit. Selepas beberapa kali rombakan, akhirnya barulah jadi," katanya.

CABARAN SATE KERANG

Setiap perniagaan yang diusahakan, tidak kira kecil atau besar pastinya mendatangkan risiko dan cabaran inilah yang terpaksa dihadapi oleh Maria.

Antara cabaran yang dihadapinya ialah kesukaran mendapatkan kerang segar bagi menghasilkan sate kerang.

Katanya, jika kerang yang digunakan tidak segar, ia akan menjejaskan keenakan sate kerang yang dihasilkan.

"Kerang yang segar diperlukan bagi menjamin keenakan, kebersihan dan keaslian rasa sate kerang," ujarnya.

Selain itu, Maria juga terpaksa menghadapi persaingan daripada pengusaha lain yang juga mengeluarkan produk makanan sate kerang.

Katanya, sewaktu mula mengusahakan produk makanan ini, dia dan suami tidak menghadapi masalah memandangkan sate kerang merupakan resepi ciptaan mereka sendiri.

Tetapi apabila sate kerang mula mendapat tempat dan pasaran yang baik, ada di kalangan pengusaha makanan cuba "meniru" resepi sate kerangnya.

Seperti peniaga lain, Maria dan suaminya berharap agar sate kerang ciptaannya dapat menembusi pasaran di negeri-negeri lain.

"Kakak berharap sate kerang yang kakak usahakan dapat dipasarkan di negeri lain supaya semua orang dapat merasai keenakan sate kerang," katanya.

Katanya, beliau kini dalam perancangan untuk membesarkan perniagaannya dengan bantuan Jabatan Perikanan dan agensi kerajaan yang lain.

"Untuk membesarkan perniagaan ini, kakak tahu modal yang banyak diperlukan dan kakak berharap dengan adanya bantuan daripada kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana, impian kakak dapat terlaksana," katanya dengan penuh harapan.

-- BERNAMA

PROJEK USAHAWAN BIMBINGAN PERIKANAN SELANGOR


1. Romiza Binti Mamat

( Keropok Lekor )

No. 56, Kampung Nelayan,

Telok Gong,

42000 Pelabuhan Kelang.

Tel : 012- 3541396

2. Abd. Aziz Bin Arabia

( Isi Kerang Sejukbeku )

Parit 4, Sungai Burung.

45400 Sekinchan.

Tel : 016-3573260

3. Usai Prima Sdn. Berhad.

( Keropok Lekor )

No. 31, Jalan P 2/6,

Bandar Teknologi Kajang,

51200 Kajang.

4. Rosli Bin Tunmen

( Keropok Lekor,Keropok Comel, Jejari Bilis/Udang )

Lot. 2625, Batu 3, kg. Sungai Yu,

45000 Kuala Selangor.

Tel: 03-32893182

5. Ramlah Binti Muda

( Keropok Lekor )

No. 5, Lorong 2A, Taman Seri PKNS 3,

Sungai Besar .

Tel: 03- 32242228 , 012- 3230867

6. Morne Binti Hashim

( Pemprosesan Pizza Ikan )

No. 54, Jalan BRP 5/7, Bukit Rahman Putra,

47000 Sg. Buluh.

Tel : 013-3416667

7. Keropok House & Industry

( Keropok Lekor )

Sharifah binti Syed Ismail,

No. 51, Jalan Penulis U 1 /42,

Temasya Industrial Park,

40150 Shah Alam.

Tel : 03- 55692404 / 019- 3377878

Fax : 03- 5123118

8. Sarun Bin Mat Jani

( Pembuatan Bot Fibreglass )

No. 328A, Batu 10, Jalan Bernam,

45000 Tanjung Karang.

Tel : 03- 32698930

9. Yusof Bin Ali

( Bebola Ikan )

Lot 108, Kompleks Pasar Borong Selangor,

Jalan Serdang, Puchong,

P.O Box 110, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Tel : 012- 6840300

10. Jamil Bin Mat Saat

( Jualan Ikan Segar / Ais Batu )

Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar,

45520 Sungai Buluh, Selangor

Tel : 016- 3148476

11. Omar Bin Abdullah

( Konsortium Pusat Pemgumpulan / Jualan Hasil Perikanan )

No. 42, Jalan TK 1/3,

Taman Kinrara, Jalan Puchong,

47100 Puchong, Selangor.

Tel : 03- 8070745 / 019- 32414758

12. Esa Bin Ramli

( Projek Ikan Bakar KEN )

No. 239, Kg. Parit 4,

Sungai Burong, Tg. Karang, Selangor.

Tel : 012- 3161527 / 03- 32410771

13. Abdul Wahab Bin Mat Saat

( Isi Kerang Sejukbeku KEN )

No.6, Jalan 2, Kg. nalayan,

Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar,

45200 Sabak Bernam, Selangor.

Tel : 016- 3020602

14. Syed Abdullah Bin Hj. Syed Hassani

( Nugget Ikan / Yong Yau Foo )

NO.77, Jalan Utharid U 5/22,

Kawasan Industri MARA,

Seksyen U 5,

40150 Shah Alam, Selangor.

15. Ahmad Zaidi Bin Zahari

( Bebola Ikan )

23, Jalan P 4/5,

Bandar teknologi Kajang,

43500 Semanyih, Selangor.

Jadual 2a: Sasaran pengeluaran ternakan kerang-kerangan:

Tahun

Kerang-kerangan

2005 2006 2007 2008 2009 2010
Keluasan (ha)

1004

1054

1104

1154

1204

1254

Pengeluaran (mt)

10,040

10,540

11,040

11,540

12,040

12,540

Produktiviti(mt/ha/thn)

10

10

10

10

10

10

Pertambahan kawasan (ha)

50

50

50

50

50

50

Nilai RM juta (1.00/kg)

10

10.5

11

11.5

12

12.5

Projek Kebun Kerang Bakal Diperluaskan

Pembangunan kebun kerang di Selangor akan dikembangkan bagi meningkatkan lagi pendapatan golongan nelayan.

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan usaha mewujudkan kebun kerang yang memberi hasil pendapatan sehingga RM3,000 sebulan sebagai satu langkah bijak.

"Kita berharap dapat memperkembangkan usaha ini supaya masyarakat nelayan di pesisir Kuala Selangor, Kapar dan Sabak Bernam dapat menyertai program ini dan sekali gus dapat menyelesaikan beberapa masalah kemiskinan di kawasan ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan projek kebun kerang negeri Selangor di pangkalan nelayan Kampung Tok Muda, Kapar dekat sini petang ini.

Beliau dalam ucapannya sebelum itu berkata kesudian kerajaan negeri sebelum ini mengecualikan tol bagi kebun kerang juga mendorong kejayaan pembangunan kebun kerang ini.

"Saya difahamkan perairan laut di bawah 3 batu nautika terletak dalam kerajaan negeri dan oleh itu dikenakan tol pada kadar RM200.00 sehektar setahun.

"Ini memang membebankan nelayan sudah tentu mereka tidak mampu membayarnya," katanya.

Beliau berharap projek itu dapat diuruskan dengan cekap dengan kajian mengenai kualiti kerang yang dihasilkan dapat dibuat.

Projek kebun kerang diperkenalkan pada tahun 2005 dengan tujuan memberi peluang kepada nelayan tradisi dan pantai melibatkan diri secara langsung dengan ternakan kerang di samping meningkatkan pendapatan mereka daripada bawah RM750 sebulan kepada RM3,000 sebulan.

Seluas 21,000 hektar kawasan dataran berlumpur di Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dibangunkan sebagai kawasan ternakan kerang yang lebih tersusun.

dsc_0030sm

Info kerang


Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma.

● Sesetengah invertebrat bercengkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.
● Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang dari famili Cardiidae.
● Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia.
● Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata.


Dua orang nelayan sedang menangguk
kerang di kawasan perairan Kapar, Klang.
KERANG akan dibasuh menggunakan mesin bagi
membuang segala kotoran dan sampah-sarap
KERANG di Kapar antara yang terbaik
mencapai saiz 55 milimeter (mm).
PENGGUNAAN mesin bagi mengasingkan
sampah dan kerang mengurangkan tenaga buruh dan cepat.

Perasmian Projek Ternakan Kerang, Kg Tok Muda, Kapar

Y A B Tan Sri Dato Abd Khalid Ibrahim ,Dato’ Menteri Besar Selangor merasmikan Projek Ternakan Kerang di Kampung Tok Muda, Kapar. Projek di bawah Jabatan Perikanan Negeri Selang telah membantu nelayan menambah pendapatan. Seluas 9,700 hektar daripada 41 ribu kawasan kerang Selangor hektar atau 194 lot dibangunkan dahulu dengan melibatkan 1,771 orang nelayan pantai.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Y.B. Dato` Ramli Bin Mahmud , Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y B Tuan Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Y B Sdr S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kapar, Y.B. Tuan Dzulkefly Bin Ahmad ,Ahli Parlimen Kuala Selangor, Y B Dr Abd Rani bin Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Meru) , Pn. Thalathiah bt. Hj. Saidin, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Ketua Bahagian PKR Kapar Tuan Hj Bakir.


Seluas 41,000 hektar kawasan pesisir pantai negeri ini diperuntukkan bagi projek kebun kerang yang dibangunkan secara berperingkat, manakala 26,000 hektar yang lain dikekalkan sebagai kawasan pembenihan kerang secara semula jadi. Tahap pertama membabitkan 194 lot di kawasan seluas 9,700 hektar membabitkan 1,771 nelayan pantai. Projek ini dianggap sangat berpotensi kerana spesies kerang di Selangor, Anadaragramose, diiktiraf terbaik di dunia sehingga ia menjadi rebutan sama ada di negara jiran atau rantau lebih jauh.


Kawasan Kapar dipilih kerana mempunyai banyak benih kerang terbaik terutama bulan April dan Disember setiap tahun di garisan pasang surut air laut. Benih kerang diambil menggunakan tangguk jaring bersaiz kecil semasa air surut bagi memerangkap pelbagai peringkat dan saiz benih yang diperlukan. Selepas itu benih kerang yang telah dikumpul, dikira dan direkodkan akan ditabur di kawasan plot atau dipanggil kebun yang ditetapkan.


Terdapat dua buah plot yang diberikan oleh Jabatan Perikanan yang setiap satu seluas 50 hektar. Setiap satu plot diuruskan oleh 10 hingga 15 orang nelayan dan mereka perlu memenuhi keperluan pelanggan yang memerlukan purata dua tan kerang sehari. Benih kerang yang telah ditabur akan dibiarkan dan setiap dua bulan kawasan plot perlu digembur bagi membolehkan anak-anak kerang mendapatkan ruang dan makanan yang cukup untuk membesar. Jika terus dibiarkan, kerang tidak boleh bergerak bebas untuk mendapatkan makanan dan menyebabkan tumbesarannya terbantut.


Biasanya kerang akan dituai selepas 12 hingga 14 bulan selepas benih ditabur di kawasan berkenaan. Menuai kerang bukan kerja mudah memandangkan sebuah bot dengan tiga orang pekerja diperlukan bagi menjalankan operasinya. Dua pekerja menggunakan bakul bagi mengaut kerang yang terdapat di kawasan lumpur di dasar laut.


Selepas dituai, kerang akan dibasuh dan dibersihkan menggunakan mesin bagi mengasingkan sampah sarap. Penggunaan mesin memudahkan kerja-kerja pembersihan yang sebelum ini dilakukan secara manual.


Menggunakan kaedah giliran, mereka akan menuai kerang di satu-satu kawasan selama empat bulan sebelum pindah ke kawasan satu lagi. Plot berkenaan dibahagi kepada beberapa bahagian dengan pancang kayu bagi memudahkan giliran menuai kerang. Ini akan membolehkan kerang membiak semula dan sumber kerang tidak terputus walaupun di luar musim. Biarpun benih kerang hanya didapati dengan banyak dalam bulan April dan November, benih akan dikumpul sebelum disimpan di kawasan plot. Ini penting bagi bekalan kerang sepanjang tahun dan bukan semua kawasan mempunyai benih kerang. Ini memandangkan satu kilogram anak kerang kira-kira 70,000 biji manakala satu kilogram kerang lebih kurang 60 hingga 70 biji.


Selepas setahun beroperasi, Nelayan Kampung Tok Muda boleh menarik nafas lega apabila usaha mereka telah mula membuahkan hasil. Kini mereka boleh menuai hasil sehingga 1.5 hingga dua tan kerang sehari mengikut keperluan. Biarpun tidak menggunakan modal yang banyak bagi tujuan penyelenggaraan tetapi kos mengumpul benih kerang agak tinggi. Kerang mendapat pasaran yang menggalakkan daripada peraih, pemborong dan orang perseorangan yang datang membeli sendiri. Kerang Kampung Tok Muda mendapat pasaran di Pasar Besar Klang, Pasar Kapar, Pasar Pandamaran dan Pasar Shah Alam.

contoh produk yang di keluarkan.....
Untuk makluman kepada para pembaca blog ini akan memaparkan informasi berkenaan syarikat dan perkembangan terkini hasil pengeluaran isi kerang. Harap maklum

~admin~

our promotion....

ARMA FOOD ENTERPRISE

www.isikerang.blogspot.com

MAHU JANA PENDAPATAN!!?